Pelakon Kamal Adli menjadi perhatian apabila muncul dalam video pendek bersama jenama makanan kambing perap popular, Pak Mat Western.

Menerusi video dikongsikan, turut dikongsikan kapsyen pendek “Walaupun bahagia bukan milik kita..” sekaligus membuatkan ramai netizen sebak.

BACA: Uqasha Senrose Nafi Halang Kamal Adli Jumpa Anak 

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih melihat wajah dan senyuman Kamal yang kini berdepan ujian dalam rumah tangga.

Tambah netizen lagi, meskipun video itu hanya lakonan namun mereka rasa sedih serta berharap agar Kamal akan bersinar selepas ini dan dimurahkan rezeki.

Terdahulu, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraian Kamal dan Uqasha Senrose.

×