“Kurusnya, Lain Dah Mukanya Cengkung Sangat” 

Baru-baru ini tular video dimuat naik peniaga Candy Bar di TikTok memaparkan pelakon Uqasha Senrose yang kelihatan sebak apabila menyebut nama anaknya, Uqaira yang sukakan gula-gula.

Menerusi video itu, Uqasha berkata dia mahu mendapatkan perkhidmatan peniaga tersebut untuk ulang tahun kedua anaknya kelak.

BACA: Tidur Hanya 2 Jam Jaga Anak Sakit, Uqasha Bangun Awal Pagi Terus Pergi Kerja

@candy.sweeties3

Bila sebut je nama anak dah lain suara ? Uqaira sayang nanti dah besar jaga ibu awak tau. Walaupun ibu selalu busy work tapi ibu sentiasa ingat awak sayang ??? @UqashaSenrose #fyp #uqashasenrose #candywall

? original sound – candy sweetie’s – candy sweetie’s

“Nanti birthday Uqaira umur dua tahun boleh panggil bisnes awak,” katanya.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang melihat penampilan Uqasha yang sangat kurus dan wajahnya dilihat cengkung.

Tidak kurang juga, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Uqasha apatah lagi tidak mudah untuk menguruskan anak dalam masa yang sama bekerja.

×