“Aaisyah Lepas Ni Home School Je Tak Payah Pergi Sekolah”

Pelakon Rozita Che Wan berkata dia mahu anaknya, Aaisyah Dhia Rana belajar di rumah atau ‘home schooling’ susulan peningkatan kes jenayah di sekolah.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata dia mahu memanggil cikgu datang ke rumah untuk mengajar anaknya serta mengakui risau dengan keadaan di sekolah sekarang.

BACA: “Che Ta Masih Belum Bayar Hutang MARA RM443,392…”

@rozitachewan1

Kami yg anak soqang ni pun seqeyau laaaaa ya Allah ! Mcm2 hal ! Sekolah pun dh jadi tempat yg tak selamat utk anak2 kita ? . #aaisyahdhiarana #cheta

? original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

“Aaisyah lepas ni home school je tak payah pergi sekolah . Budak sekolah sekarang ini tak tahu makan apa, perangai pelik macam monyet, beruk, semua lah

“Panggil cikgu je ajar dekat rumah, cikgu pun cikgu perempuan. Sekarang jadi mak yang ada anak perempuan, takutlah Ya Allah. Macam-macam hal,” katanya.

Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bimbang dengan keselamatan anak-anak di luar termasuk di sekolah susulan kes berlaku baru-baru ini.

×