Dalam satu hantaran dibuat di Instagram milik Allahyarham Siti Sarah mengenai Thalita menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian berkenaan, bakat yang ada pada Thalita bukan untuk mengganti atau meniru ibunya sendiri bakat nyanyiannya adalah anugerah dan setiap nota yang dinyanyikan Thalita adalah doa buat ibunya.
BACA: “Bakat Thalita Anugerah Dari Allah, Bukan Untuk Meniru Siti Sarah”
“Bakat yang ada pada Talita bukan untuk mengganti, apatah lagi meniru dirimu. Ia adalah anugerah dan setiap nota yang Talita nyanyikan adalah doa yang terbang kepadamu,” katanya.
Tambah hantaran itu lagi, Thalita menyanyi bukan untuk dirinya sendiri tertapi mahu menghiburkan hati orang ramai seperti yang dilakukan oleh arwah Siti Sarah.
“Talita menyanyi bukan untuk diri sendiri, tapi untuk menghiburkan hati semua, seperti mana ibu pernah lakukan dulu. Semoga suara ini terus menjadi cahaya, walau tanpa hadirmu di sisi,” katanya.
Dipentas akhir Talk To My Manager (TTMM) semalam, Thalita dan Shuib dinobat naib juara sekaligus membawa wang tunai rm15,000.