Bapa kepada penynayi Amad iaitu Saiful Anuar menitipkan doa agar kejayaan berpihak kepada anaknya dalam pentas akhir Talk To My Manager (TTMM) malam tadi.
Menerusi hantaran di Threads, Saiful bagaimanapun terkilan tidak dapat hadir ke pentas akhir itu namun berharap kejayaan akan menjadi milik anaknya meskipun dirinya ‘dibelakangkan’.

“Moga kejayaan milik kamu , walau babah ‘dbelakangkan’ dan tak dapat hadir ke majlis besar kamu tapi doa buat anak babah dan percaya bukan sekadar hari ini tapi hari-hari yang mendatang itu pasti akan terjadi….deep kan so renungan kita bersama,” tulisnya.
Sementara itu, Saiful turut meletakkan tanda pagar tidak dapat hadir ke pentas akhir itu kerana ketiadaan tiket.
“Tiket tiada nak pergi macam mana kan,” tulisnya.
Terdahulu, hantaran Saiful di Instagram mencetuskan spekulasi mengenai konflik keluarga apabila dia mendedahkan tidak dapat berjumpa dengan anak-anak serta mendakwa ada pihak yang cuba mengerah dan mengambil wang hasil titik peluh mereka.
Bagaimanapun, Saiful menegaskan hantaran tersebut bukan ditujukan kepada bekas isterinya, Siti Saerah.
Malam tadi, Amad mengejutkan orang ramai apabila secara tiba-tiba rebah ketika membuat persediaan untuk persembahan akhir