Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida, menghadiahkan sebuah kereta mewah Porsche 718 Cayman berwarna hitam kepada anak sulung mereka, Ammar Ahyan.

Menurut Shahida, hadiah bernilai kira-kira RM350,000 itu diberikan sempena anaknya yang kini sudah dewasa dan memiliki lesen memandu.

“Mama dan papa dah lama nak belikan kereta untuk Ammar. Dia pun dah besar dan senanglah nak ke kolej. Ammar tak minta pun kereta apa, dia cuma kata janji ada kereta dah cukup,” katanya di TikTok.

@papalarisofficial

Alhamdulillah happy nya anak abah bila tengok kereta dia dah sampai, papa pun sangat teruja bila tengok anak anak papa happy, sebab kita kerja pagi petang malam untuk kebahagiaan yang macam ni, penat tu terus hilang.. terimakasih juga untuk korang semua yang dah saport papa dan ammar ahyan, lepas ni amayan kena rajin lagi jual jeruk mangga dekat live ?

? original sound – Aliff Syukri Kamarzaman

Shahida berkata, mereka sengaja merahsiakan ketibaan kereta itu untuk membuat kejutan. Dalam video yang dikongsikan, Ammar kelihatan sangat terkejut dan melompat kegembiraan ketika melihat kereta baharunya di perkarangan rumah.

“Sepatutnya kereta sampai awal, tapi tertunda sedikit. Kami rahsiakan sebab nak buat kejutan. Insya-Allah, bila sampai masa nanti, anak-anak lain pun akan dapat rezeki masing-masing,” katanya.

Dalam masa sama, Shahida turut menasihati anaknya agar tidak lalai dengan kemewahan dunia.

“Mama dan papa nak pesan, jangan lupa diri. Solat jangan tinggal, jangan riak. Ingat, Allah boleh tarik nikmat bila-bila masa kalau kita tak bersyukur,” pesannya.

×