Pelakon Datin Intan Najuwa bersama suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman akan mengadakan solat hajat bersama anak-anak tahfiz malam ini buat mereka yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Menerusi perkongsian di Instagram, Intan berkata dia tidak kisah jika ada yang menghakiminya namun ianya adalah salah satu usaha buat sukarelawan yang terlibat.
BACA: Intan Najuwa Dedah Pereka Fesyen Terkenal Gagal Bayar Hutang Cecah Jutaan Ringgit
“Orang mungkin akan menghakimi saya jika berkongsi perkara ini. Namun, saya ingin jelaskan bahawa saya bukan ‘fomo’ atau mengharapkan pengiktirafan sesiapa. Saya kongsikan kerana hati saya benar-benar tergerak untuk melakukannya,” katanya.
Sementara itu, Intan turut menyeru orang ramai untuk bersatu serta mungkin ada doa-doa kita akan diangkat.
“Malam ini, saya dan suami bersama anak-anak tahfiz yang kami kasihi akan menunaikan solat hajat yang khusus buat mereka. Insya-Allah kami akan teruskan setiap malam selagi diberi kekuatan.
“Semoga doa-doa kita yang bersatu ini diangkat dan harap mereka yang telah diculik zionis berada di bawah lindungan dan jagaan Allah Yang Maha Penyayang,” katanya.