Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkata dia hanya mampu memberikan nasihat buat anaknya iaitu Dahlia yang memilih untuk tidak lagi bertudung.
Memetik mStar Online, Nora berkata anaknya tahu mana yang baik dan buruk serta menghormati keputusan yang dibuat oleh Dahlia.
BACA: “Saya Kecewa Dengan Kata-Kata Kesat Dilemparkan Terhadap Dahlia” – Abang
“Dia dah baligh pun, tahu apa yang baik dan tidak. Kita nasihat, tapi keputusan kepada dia. Saya yakin sebagai anak ada ilmu agama, satu masa nanti dia nampak jalan yang terbaik itu,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata tindakan anaknya itu antara ujian yang perlu dihadapi sebagai seorang ibu dan mereka sekeluarga tidak memberi perhatian dengan kecaman dilemparkan.
“Kami memang kurang baca komen, baca sikit sahaja. Saya sebagai ibu, saya doakan yang baik-baik sahaja. Saya ada juga nasihat secara baik,” katanya.
Terdahulu, Dahlia menjadi perhatian apabila tampil tidak berhijab di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24). Anak gadis Nora berusia 21 tahun itu berkata dia mahu mulakan perjalanan baru serta belajar mencari jalan sendiri dalam agama meskipun sudah mula bertudung di usia enam tahun.
Sumber: mStar Online