Pelakon Ardini Angeline Tan meluahkan rasa syukur kerana sejak dua tahun bergelar mualaf dia masih istiqamah dalam menjaga solat lima waktu.
Memetik Harian Metro, Angeline berkata dia mengakui sebagai mualaf agak susah namun dia nekad untuk tidak meninggalkan solat.
BACA: “Setiap Hari Saya Berdoa Agar Allah Jadikan Saya Muslimah Sejati” – Angeline
“Mula-mula memang susah ya, tak biasa. Tapi, sekarang sudah biasa. Macam saya berada di sini (hadiri majlis), saya tak mampu nak solat, nanti saya balik (ke rumah), saya akan solat jamak.
“Tapi Insya Allah sampai hari ini, saya tak pernah tinggal solat lagi. Sebab satu permulaan yang baik dan saya rasa satu pembaharuan yang baik juga, biar saya kena betul-betul nekad ikut peraturan, ikut apa yang dibimbing,” katanya.
Sementara itu, isteri kepada Sabri Yunus itu menyifatkan ianya permulaan yang baik baginya serta tidak mahu mensia-siakan apa yang dimulakannya untuk istiqamah dalam menunaikan solat lima waktu.
“Kita jangan sia-sia satu permulaan yang bagus. Macam ini, jika satu kali kita tinggal (solat) nanti kita akan tinggal lagi dan kata, tak apa lah, tak apa.
“Tapi, kalau kita tak pernah (tinggalkan solat), janganlah jangan ‘brake the record’ (pecah rekod), aku kena buat, aku kena buat (solat). Ini adalah ‘my home work’, itulah yang saya fikir,” katanya.
Sumber: Harian Metro