Peminat Teruja Bella Astillah Panggil Ibu Syed Saddiq ‘Mama’

Penyanyi Bella Astillah menjadi perhatian ramai apabila memanggil ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dengan panggilan Mama.

Menerusi video tular di TikTok, dalam satu acara pada Sabtu lalu, Bella bukan saja menghiburkan penonton tetapi turut dilihat menari dengan ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani di atas pentas.

BACA:

Ketika menyanyikan lagu Gelora Jiwa di atas pentas Bella sempat berkata, “Mama dah cantik dah ni, terima kasih mama”.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat momen manis berkenaan serta ada yang membuat spekulasi tahun depan akan menjadi ‘wedding of the year’.

×