Perkongsian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian apabila menghulurkan sedikit bantuan buat pelakon veteran, Wan Maimunah.

Menerusi hantaran itu, Aliff berkata dia tidak meminta banyak sebaliknya doakan agar perniagaannya bertambah maju serta memujuk pelakon itu agar tidak menangis.

BACA: Kumpul Aset Sejak Muda, Aliff Syukri Dedah Ada 500 Buah Rumah

@papalarisofficial

Ibu Wan Maimunah seorang Pelakon Lagenda dan sangat baik. Dulu papa selalu tengok lakonan Ibu Wan Maimunah di kaca Tv. Siapa kat sini sama macam papa , cer komen #i

? original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman

“Terima kasih ibu banyak bantu saya, yang shooting duit lain ini duit raya. Saya tak minta banyak, cuma ibu doakan saya berniaga semakin maju, jujurnya saya tak senang mana tapi saya cuba untuk berusaha juga. Semoga jeruk-jeruk saya laku, ibu jangan nangis tau,” katanya.

Sementara itu, Wan Maimunah yang tidak dapat menahan sebak meluahkan rasa syukur serta mengatakan dia tidak dapat untuk membalasnya namun hanya mampu mendoakan buat usahawan itu.

“Terima kasih banyak sayang, minta maaf ibu pegang. Insya-Allah bukan hanya jeruk tapi segala-galanya setiap yang baik pasti Allah membalasnya.

“Ibu tak dapat untuk membalasnya tapi ibu mampu mendoakan mungkin ibu tak sebut nama anak-anak syurga ibu, anak dunia akhirat ibu, ibu tak cakap anak-anak angkat tau,” katanya.

×