“Sehina Dia Di Mata Puan, Aslam Tak Pernah Aibkan Marissa & Puan”

Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon dan penyanyi Abby Abadi menjadi perhatian ramai serta menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Baru-baru ini, Abby dilihat ada memuat naik hantaran meluahkan rasa malu melihat lelaki yang menumpang duit atau kesenangan kaum wanita.

BACA: “Alhamdulillah Dah Berangkut Dah, Malulah Hidup Atas Duit Perempuan” – Abby

Biarpun tidak menyebut nama mana-mana pihak namun ada yang mendakwa ianya berkaitan dengan rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania.

Hantaran Abby itu mendapat pelbagai reaksi ramai termasuk seorang individu ini yang memahami perasaan Abby sebagai seorang ibu namun meminta untuk selesaikan secara privasi isu berkenaan.

Perkongsian individu itu mendapat perhatian dimana ramai yang bersetuju untuk selesaikan secara peribadi supaya dapat mengelakkan dari fitnah bertebaran dan lebih baik jika duduk berbincang secara baik.

×