Penyanyi Irfan Haris akhirnya berkongsikan detik perkenalan kakaknya, Amira Othman dengan pelakon Fattah Amin selepas lama menyimpan rahsia.

Menerusi program Setulus Takdir Fattah Amira, Irfan mendedahkan kakaknya dan aktor berkenaan berkenalan sekitar Disember tahun lalu.

BACA: “Kami Ingin Menukar Status Dari Rakan Sekerja Jadi Rakan Serumah” – Fattah

Menurut Irfan dia tidak bertemu dengan Fattah dan apabila pertama kali berjumpa dia menyifatkan aktor berkenaan seorang yang rendah diri.

“Allah susun perjalanan Abang Long dengan kakak saya cantik je. Saya rasa cepat je. Penat saya rahsiakan berbulan-bulan. Saya rasa mereka berkenalan pada tahun lepas bulan Disember.

“Kenangan London Bridge is Falling down. Bila pertama kali jumpa dia sangat humble, inilah hero Malaya Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Irfan turut menyifatkan Fattah seorang yang gentleman apabila bertemu dengan ahli keluarga Amira untuk berkenalan lebih mendalam.

“Bila nak berkenalan, Fattah ambil langkah bertemu dengan keluarga kami. Bagi saya Abang Long ni ada semuanya, baik, pemurah.

“Saya rasa kakak saya sangat serasi dengan Abang Long. Mereka ada karakter yang sama. Saya tengok Abang Long, saya nampak kakak saya. Saya yakin Abang Long mampu jaga kakak saya dengan baik,” katanya.

×