Dilihat jarang berkongsikan gambar bersama suaminya, Cyril Kongo, pelakon Sharifah Sakinah berkata dia tidak mahu terlalu terbuka berkongsikan mengenai kisah rumah tangganya kepada umum.
Memetik mStar Online, Skinah berkata dia bimbang jika perkongsiannya itu boleh mengundang hasad dengki manusia serta penyanyit ain.
BACA: “Dia Kacukan Vietnam, Perancis” – Sharifah Shahirah Gembira Lihat Kebahagiaan Sakinah
“Taknak cakap fasal kehidupan peribadi sebab takut penyakit ain. Jadinya, dia hanya keluar kadang-kadang saja,” katanya.
“Tetapi satu hari nanti saya akan gunakan dia sebagai konten. Bukan nak jual kehidupan peribadi semata-mata duit, tetapi untuk beri inspirasi kepada orang,” katanya.
Ditanya mengenai hubungan anaknya dengan Cyril, Skinah berkata anak tunggalnya, Anais Adha rapat dengan suaminya serta berkongsi minat yang sama iaitu melukis.
“Anais rapat dengan suami saya, sebab suami saya pelukis dan anak saya suka melukis. Deorang memang ada connection yang sangat kuat dan mereka mempunyai minat yang sama dalam melukis,” katanya.
Pada April lalu, Sakinah mengesahkan dia sudah berkahwin dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat.
Sumber: mStar Online