Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah membuat kejutan untuk kedua-dua anaknya Ayden dan Ara dengan membawa mereka ke Perancis bagi menyaksikan Kejohanan Dunia Ironman 2025 pada 14 September ini.
Menerusi perkongsian di Instagram Primavalet, pada awalnya Ayden dilihat menangis kerana disangka akan ditinggalkan.
BACA: Lepas Subang, Rantai Bella Astillah Jadi Perhatian
Bella bagaimanapun membuat kejutan dengan memberikan tiket penerbangan dan passport buat kedua-dua anaknya.
“Kejutan buat Ara dan Ayden, kasih ibu tiada tandingan. Semoga bahagia milik mereka, Amin Ya Rabb,” kongsi primavalet.
Turut menjadi perhatian apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dilihat cuba memujuk Ayden dan Ara sebelum kejutan berkenaan.
Dalam video tersebut dapat dilihat Bella dan Syed Saddiq membawa keluarga mereka untuk memberikan sokongan buat ahli parlimen itu.
Diruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat pengorbanan Bella yang turut membawa sama anak-anak serta keluarga dan mendoakan agar pelakon itu dimurahkan rezeki.
