Netizen Sebak Tengok Mom
Perkongsian pelakon Nazdmi Adhwa menjadi perhatian apabila memuat naik video menghantar isterinya Ardell Aryana untuk misi kemanusiaan di G4z4.
Menerusi perkongsian di TikTok, Nadzmi turut memohon orang ramai mendoakan agar dipermudahkan perjalanan isterinya ke sana.
BACA: Tak Boleh Tengok Orang Susah, Nadzmi Adhwa Dedah Isteri Berhabis RM10,000 Bantu Mangsa Banjir
“Salam semua. Minta doakan isteri saya Ardell dan team @mapimofficial @cintasalammalaysia @cintagazamalaysia akan berangkat ke Gaza.
“Insyaallah doakan semua di dalam lindungan Allah dan dipermudahkan segala urusan buat isteri dan team. Selamat pergi dan selamat pulang,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat video berkenaan serta memuji Nadzmi sebagai suami yang reda untuk melepaskan isterinya untuk misi berkenaan.
