Pempengaruh sensasi, DMA Islam sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menganggap lelaki yang membantu isteri melakukan kerja rumah sebagai tidak ‘jantan’ dan loser.
Kenyataan DMA itu turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, PU Syed tampil memberikan teguran kepada pempengaruh itu.
BACA: “Ramai Berpakaian Tapi Seolah Telanjang” – PU Syed Sekali Lagi Tegur Dolla

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Syed berkata lelaki yang membantu isteri melakukan kerja rumah tidak mengaibkan atau menjatuhkan martabat sebagai suami.
“Apa yang awak sebut tentang orang lelaki kalau basuk berak anak, tolong isteri dekat rumah itu dianggap bukan lelaki sejati, tak betul. Nabi SAW sendiri pun bantu isteri-isteri baginda di rumah,” katanya.
Menurutnya lagi, ianya tidak menjejaskan kedudukan baginda sebagai seorang khalifah. Malah, para sahabat Rasulullah termasuk Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar juga pernah melakukan perkara sama.
‘Ambe pelik bila ada seorang pemuda yang tak nikah lagi sembang kencang,” katanya.