Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil memberi respon terhadap komen seorang netizen yang mendakwa pernah terserempak dengan aktres itu.
Menerusi komen ditinggalkan, netizen itu mengatakan ketika itu Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju dilihat mengenakan track bottom serta selekeh.
BACA: Zarina Anjoulie Kongsi Video Mesra Dengan Hot Daddy
“Pernah terserempak dekat kedai makan. Selekeh, dengan track bottom dan selipar. Serius, dia nampak selekeh dan tak lawa,” tulis individu itu.
Tidak hanya berdiam diri, Anju menyifatkan komen individu itu kelakar serta memohon maaf kerana penampilannya itu membuatkan ada yang kurang senang.
Sementara itu, Anju berkata dia tidak mampu untuk membeli pakaian dan beg yang mahal dan dia berpakaian sedemikian kerana rasa selesa.
“Minta maaf saya jujur cakap Anju memang tak mampu beli baju bag semua cantik-cantik dan mahal.
“Saya kan duduk dalam perkampungan memang saya pakai selekeh sebab selesa. Tak ada la saya nak pergi Pavilion ke KLCC macam tu. Tapi saya maaf minta maaf ye semua jijik dengan penampilan saya,” katanya.