Pelakon dan penyanyi Nur Fazura meluahkan rasa trauma dengan individu yang luarannya dilihat baik namun sebaliknya menyimpan niat jahat.

Menerusi sesi siaran langsung, Fazura berkata pengalaman dilaluinya berdepan dengan individu sedemikian membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memilih rakan sekerja.

BACA: Netizen Sebak Tengok Video Fazura Kemas Beg Fatima Bercuti Ke Disneyland

“Saya dah trauma dengan manusia yang luarannya nampak pijak semut tak mati (lembut) tapi sebenarnya…” katanya.

Menurut Fazura lagi, dia mahu bekerja dengan mereka yang benar-benar baik dan bukan hanya sekadar berpura-pura.

“Saya nak bekerja dengan orang yang baik, luar dan dalam baik. Bukan luarannya je baik tapi hati sangat jahat,” katanya.

Daam pada itu, Fazura turut menyebut nama beberapa kenalan yang disifatkan baik dan rasa selesa untuk bekerjasama.

×