Pelakon Datin Intan Najuwa membidas komen netizen berkenaan fotonya yang didakwa telah disunting menggunakan filter.

Menerusi perkongsian di Threads, Intan turut kurang senang dengan netizen yang gigih untuk mencari kesalahannya sedangkan dia tidak mengganggu sesiapa pun.

BACA:“Seksi Sangat, Malu Tengok” – Netizen

“Nak edit muka jadi bujur ke, tiga segi ke, macam alien ke, filter 10 inci ke, suka hatilah janji kita tak kacau orang.  Gigih siap ada yang zoom, cari satu-satu salah.

“Korang ni memang betul-betul tak ada kerja dalam hidup. Gambar kita, dia yang tersakiti lebih. 

“Kita semua nak kelihatan cantik dalam gambar, itulah momen yang akan kekal selamanya sebagai kenangan,” tulisnya.

×