Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui hidupnya kini lebih tenang selepas bergelar suami kepada Rania Al Shadar pada Mei lalu.
Memetik mStar Online, Sufian berkata dia kini banyak meluangkan masa bersama isteri serta tidak sangka rezeki semakin mencurah selepas mendirikan rumah tangga.
BACA: Isteri Sufian Suhaimi Dipuji Beauty With Brain, Bergelar Peguam
“Bahagia sekarang dan lebih tenang serta kehidupan lebih teratur selepas berkahwin ni, semuanya dilakukan berdua dalam menguruskan rumah tangga.
“Rezeki lepas berkahwin ni sentiasa ada dan paling rezeki tak sangka jiwa ni makin tenang. Perancangan (cahaya mata) memang tahun ni kalau boleh sebab tak nak bercinta lama-lama, waktu cantik sekarang ni sebab usia pun sudah meningkat,” katanya.
Sementara itu, Sufian menafikan khabar angin isterinya kini berbadan dua serta meminta mendoakan yang baik-baik untuk mereka.
“Belum ada lagi… doakan baik-baik saja, terkejut juga sebab belum masuk episod tu lagi. Tapi saya dan isteri sentiasa bersedia dan reda sekiranya diberikan rezeki anak dalam masa terdekat,” katanya.
Sumber: mStar Online