“Allah Ambil Abam Tapi Gantikan Muka Seiras Dengan Arwah” – Hidayah

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah berkata dia sedang mengenali hati budi seorang jejaka sejak tahun lalu dikenali sebagai Amsyar Salim.

Memetik mStar Online, mereka berkenalan secara tidak sengaja ketika Amsyar ke kedainya untuk membeli produk kosmetik serta tertarik dengan sikap tanggungjawab lelaki itu.

BACA: Hidayah Rancang Kahwin Kekasih Tahun Depan

“Sebenarnya saya susah nak terbuka hati dekat mana-mana lelaki kerana masih sayang arwah suami. Tapi bila tengok Amsyar ni, dia seorang lelaki bertanggungjawab. Saya suka cara dia,” katanya.

Sementara itu, Hidayah berkata dia tertarik dengan layanan ditunjukkan Amsyar terhadap anak tunggalnya Syed Uthman Hamzah dan anaknya turut sukakan lelaki itu.

“Bila saya selalu bawa Hamzah jumpa Amsyar dan tengok sendiri Amsyar sayang dekat anak saya itu membuatkan saya tertarik kepadanya. Saya tanya anak saya pun dia suka Amsyar. Bila anak bahagia, saya pun turut rasa bahagia,” katanya.

Dalam pada itu, Hidayah berkata ramai mengatakan wajah Amsyar iras arwah suaminya namun dalam versi lebih kurus serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan buat dirinya dan Hamzah. 

“Terlalu ramai yang cakap muka Amsyar ada iras arwah Abam tapi versi kurus. Apa yang boleh saya katakan, Allah ambil suami saya tapi Allah gantikan muka seiras dengan arwah. Hebat aturan Allah,” katanya.

Sumber: mStar Online

×