Pelakon Rita Rudaini mendedahkan salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya belajar turut mempunyai kes buli, namun didakwa disembunyikan oleh pihak sekolah.
Rita berkata berkata kejadian berlaku ketika anaknya masih Tingkatan Satu, di mana pelajar senior memanggil junior untuk sesi ‘roll call’, sebelum bertindak memukul dan mengikat seorang pelajar di pokok sehingga mangsa tidak boleh berjalan.
BACA: “Bila Hati Anak Dah Tertutup Bukan Sebab Dijauhkan Tapi Pernah Dibiarkan”
“Bukan di tempat tertutup tetapi di kawasan terbuka. Bila ibu pelajar itu buat laporan polis, sekolah memujuk supaya menarik balik laporan dan akhirnya kes disimpan bawah karpet,” katanya.
Sementara itu, Rita turut mendakwa jika pelajar mengadu kepada ibu bapa menjadi mangsa buli, mereka akan kena lebih teruk.
“Siapa mengadu pada ibu bapa kena lagi teruk, kena palau (dipulaukan) dan menjadi sasaran dengan pelajar lain, warden dan cikgu-cikgu. Anak saya mereka tak berani sentuh kerana mereka tahu akan masuk surat khabar,” katanya.
Dalam pada itu, Rita berkata anaknya trauma susulan kejadian buli itu hingga menyamakan asrama berkenaan sama seperti di penjara walaupun berstatus sekolah agama.
Lebih mengejutkan, Rita mendedahkan ada guru yang bertindak kasar dengan menghantukkan kepala pelajar ke papan tanda di depan anaknya.
Sumber: Utusan