Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur  anak sulungnya, Ammar Ahyan bakal melanjutkan pengajian di sebuah unversiti swasta.

Menerusi perkongsian di TikTok, Aliff terkejut kos untuk melanjutkan pelajaran mencecah ratusan ribu ringgit namun dia tidak kisah untuk melabur untuk pendidikan kerana anaknya seorang yang bijak.

BACA: “Saya Kena Raba Di Pinggang, Ketiak” – Ammar Ahyan Dedah Kena Raba

@papalarisofficial

Alhamdulillah Ammar Ahyan dah nak masuk college dah, cepat sangat masa berlalu, papa rasa dah tua sangat dah sebab rasa baru semalam ammayan kecik lagi, sekarang dah nak masuk college, anak abah anak yang hebat.. siapa yang nak tengok part dua ammayan dekat college dia? ?

? original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman

“Ammar seorang anak yang bijak, kos dia memang mahal makan ratus ribu. Kalau anak abah yang seorang ini memang abah percaya sebab memang pandai sekolah dan rajin. Ammar Ahyan ni nampak je blur, tapi akademik alhamdulillah.,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata selepas tamat saja program asasi selama setahun, Ammar akan ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian lebih tinggi. 

“Doakan anak saya, habis sahaja asasi dia akan terus ke United Kingdom. Saya harap orang ramai boleh doakan kejayaan anak saya menuntut pelajaran di kolej ini,” katanya.

×