“Saya Dalam Keadaan Baik” – Naim Daniel Sedang Sibuk Tulis Lagu

Penyanyi Naim Daniel hari ini hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya bagi proses serahan dokumen dan mahkamah menetapkan 19 September untuk sebutan semula kes membabitkan penyanyi itu.

Memetik Oh Bulan, Naim memaklumkan keadaan dirinya baik sahaja dan kembali sibuk dengan kerjaya seninya serta menulis lagu baru.

BACA: Netizen Sebak Lihat Persembahan Naim Daniel

@ohbulanofficial

Naim Daniel memaklumkan bahawa penulisan karya muziknya tidak terjejas susulan pertuduhan kes amang seksual yang dihadapinya pada Mei lalu. #ohbulan #kinitrending #naimdaniel

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

“Saya datang untuk serah dokumen je dulu. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih semua.

“Alhamdulillah, saya dalam baik-baik dan tengah sibuk dengan muzik saya balik. Sekarang pun saya sedang menulis lagu juga,” katanya.

Pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 17 tahun.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 bagi tujuan seksual pada 19 Mei lalu pada jam kira-kira 8.56 malam di Ukiyo Hotel di Petaling Jaya, Selangor.

×