Syed Saddiq Kagum Didi Astillah Kerja Dari Kecil Demi Keluarga

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meluahkan rasa kagum dengan bakat Bella Astillah dan Didi Astillah yang sudah memulakan kerjaya dalam bidang seni sejak dari kecil lagi.

Menerusi satu podcast, Saddiq berkata dia mendapat tahu mengenai pengorbanan Didi bekerja demi memastikan Bella fokus belajar serta membantu keluarga. 

BACA: Aliff Aziz Doakan Kebahagiaan Bella Astillah & Syed Saddiq

@kitsuimalaysia

Agreed dengan apa YB cakap. “Gandingan dua wanita besi dalam caranya tersendiri” and KITSUI proud of you both ??? #kitsui #BASS #BellaAstillah #SyedSaddiq

? original sound – Kitsui Malaysia – Kitsui Malaysia

“Mama ada kongsikan sebelum ini pasal Didi, semasa awak berdua masih kecil. Netizen pun banyak kongsi video-video awak berdua menari dan menyanyi. Awak berdua sangat berbakat di usia muda.

“Tapi mama ada beritahu, sebenarnya melalui pekerjaan yang Didi lakukan ketika kecil, hasil duit itulah yang diguna pakai untuk Bella fokus ke sekolah dan tolong keluarga.

“Orang perlu tahu tentang perkara ini, itulah gandingan dua wanita besi dalam caranya tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Bella mengakui Didi tidak pernah berhenti bekerja dari usia muda hingga sekarang. Malah, hasil pendapatan Didi digunakan untuk membayar duit belajar.

“Saya dengan Didi sangat berbeza. Didi bekerja dari kecil dan dia tak pernah berhenti.  Saya pernah berhenti kejap sebab nak fokus belajar dan kehidupan saya sangat memenatkan ketika kecil. Saya sekolah, tuisyen dan pergi mengaji.

“Yang bayar tuisyen dan mengaji daripada duit Didi, sebab dia yang pergi shooting semua” katanya.

×