Baru-baru ini, Wawa Cosmetics menganjurkan satu majlis yang turut dihadiri selebriti terkenal antaranya Mawar Rashid dan Fasha Sandha yang dilihat melakukan senaman secara beramai-ramai.
Dalam video tersebut, penampilan Mawar Rashid menjadi perhatian apabila dilihat mengenakan baju sukan berwarna kelabu bersama seluar ketat berwarna putih.
BACA: “Macam Budak 17 Tahun” – Mawar Rashid Dipuji Makin Cantik, Macam Anak Dara
Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan seluar yang dipakai oleh Mawar kerana dilihat terlalu mencolok mata serta menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya.
Sementara itu, ada yang mempersoalkan sama ada Mawar selesa memakai seluar sedemikian dan ada yang mendakwa pelakon itu dilihat tidak selesa untuk bergerak.
Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan sama ada tiada siapa yang menegur pemakaian Mawar itu sehinggakan mereka yang menonton video tersebut rasa malu.
