Pablo Amirul Akui Banyak Kekurangan, Dr Hana Banyak Ubah Jadi Lebih Baik
Pelakon Pablo Amirul meluahkan rasa syukur mempunyai insan istimewa dalam hidupnya iaitu kekasih hatinya Dr Hana Rose.
Menerusi perkongsian di Threads, pelakon berusia 40 tahun itu mengakui Dr Hana membawa banyak perubahan positif dalam hidupnya serta mematangkan dirinya.
BACA:
“Berkongsi kenangan yang perlu sahaja untuk perkongsian di sini. Mengenali insan istimewa ini banyak mengubah kehidupan sebelum ini.
“Setiap pengalaman berbeza, yang pasti mematangkan dari yang sebelumnya,” tulisnya.
Sementata itu, Pablo mengakui dirinya banyak kekurangan yang perlu diperbaiki namun bersyukur mempunyai pasangan yang memahami.
“Diri ini sedar banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Hanya mampu ucap syukur dan menghargai setiap hari,” tulisnya.
Terdahulu, Pablo berkongsikan setiap bulan dia berulang alik sejauh 1,628 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu Sabah untuk bertemu dengan kekasih hatinya.
Pablo berkata dia berusaha mengimbangi antara kerjaya dan cinta serta berlaloi lakukan demi kekasihnya itu.