Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafizah menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran kedua-dua cucunya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafizah mendoakan agar kedua-dua cucunya membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh dan solehah.

BACA: “Dulang Boys YB & Bella Astillah” – Ibu Aliff Aziz ‘Like’ Posting Hairul Azreen

“Bulan ini adalah bulan kelahiran buat cucunda berdua. Masya-Allah bertambah setahun lagi umur Ayden dan Ara.

“Umi Wan dan tok ayah sentiasa mendoakan cucunda berdua membesar sihat dan bahagia. Menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Sentiasa menjadi penyejuk mata kepada keluarga,” tulisnya.

Sementara itu, Hafizah berkata meskipun mereka terpisah jauh namun mereka sentiasa mengingati Ayden dan Ara rasa kasih kepada cucunya tidak pernah pudar.

“Walaupun kita di pisahkan jauh kami sentiasa ingat dan kasih sayang serta cinta kami tidak akan pernah pudar. 

“Cucunda berdua adalah penyambung keturunan kami masyaallah. Berpisah di dunia hanya sementara inshaa Allah dengan izin Allah kita akan berkumpul lagi di akhirat kelak,” tulisnya.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun bercerai pada 13 Jun 2024. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

×