Pelakon jelita Rozita Che Wan terpukau melihat usahawan Noor Nabila yag dilihat berbeza apabila bersua muka berbanding di media sosial.
Menerusi perkongsian di TikTok Rosix, Nabila dilihat bersama rakan baiknya itu di sebuah restoran bersama Rozita atau Che Ta dan anak lelakinya Ammar Effendy.
BACA: Noor Nabila Akui Sedang Mengenali Seseorang
Dapat didengar, Che Ta mengatakan Nabila memiliki wajah yang kecil dan Nabila sempat berseloroh mengatakan bahawa dia bakal kembali berumah tangga pada tahun hadapan.
“Kita nak naik pelamin tahun depan,” katanya.
Terdahulu, Nabila bernikah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 2017 sebelum bercerai pada Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Jebat Jayden kini berusia enam tahun.
Nabila kemudiannya berkahwin dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021 namun bercerai dua tahun kemudian.