Noor Nabila Akui Sedang Mengenali Seseorang

Pempengaruh media sosial, Noor Nabila enggan merahsiakan status dirinya dan mengakui dia kini dalam fasa sedang mengenali seseorang.

Memetik mStar Online, Nabila bagaimanapun memilih untuk tidak berkongsikan mengenai identiti jejaka tersebut demi menjaga privasi hubungan yang masih di peringkat awal.

BACA: “Datang Bercuti Lima Orang, Duduk Serumah Bukan Sebilik” – Noor Nabila

“Ya saya sedang dalam fasa mengenali seseorang dengan lebih rapat. Saya selesa dengan apa yang sedang berlaku sekarang. 

“Tapi buat masa ini saya memilih untuk tidak berkongsi siapa individu itu kerana leih menghargai privasi hubungan ini,” katanya.

Sementara itu, Nabila menjelaskan hubugannya dengan aktor Sharnaaz Ahmad adalah sebagai ibu bapa kepada anak mereka, Jebat Jayden serta lebih selesa sebagai sahabat.

“Kami rapat atas dasar tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada Jayden, itu saja. Tak pernah terlintas untuk mengulang hubungan yang dah berlalu. Kami lebih selesa sebagai sahabat dan fokus utama berikan terbaik untuk Jayden,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×