Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menyifatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq seorang lelaki yang baik serta mempunyai ciri lelaki ‘green flag’.
Menerusi sesi podcast Kitsui bersama adiknya, Didi Astillah, dan abang kepada Saddiq iaitu Syed Abdullah, Bella berkata dia gembira menjadi teman rapat Syed Saddiq.
BACA: Hubungan Syed Saddiq, Bella Astillah Didakwa Goyah?
“Saya bahagia, dia baik hati dan lelaki ‘green flag’.
“Bila jumpa dan tengok Syed Saddiq ibarat berjumpa dengan lelaki versi Bella Astillah,” katanya.
Terdahulu, Syed Saddiq mengakui dia terhutang budi dengan pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang sentiasa berada di sisi sehingga ke hari ini.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Saddiq berkata dia tidak akan melupakan segala jasa dan kebaikan Bella yang memberikan sokongan terhadapnya.