Pelakon Boy Iman tampil memberikan respon apabila wajahnya disamakan dengan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol yang juga kekasih pempengaruh Ameera Khan.
Memetik Xtra, Boy berkata pada awalnaya dia tidak nampak ada persamaan namun dia mangakui ada sedikit persamaan selepas melihat satu hantaran Jefri.
BACA: Boy Iman Nafi Menipu Penganjuran Festival Beli-Belah Hooray X Fest Raya
“Masa mula-mula saya tengok tu, saya rasa tak berapa sama. Tapi ada sekali tu, saya tengok hantaran yang Jefri kongsikan di Instagram ketika dia berada di tandas. Saya rasa macam ada persamaan sikit, ada nampak macam saya di zaman muda ketika kurus,” katanya.
Sementara itu, Boy sempat mengimbas kembali zaman popularnya sehingga menjadi pelakon kegilaan remaja ketika di era 2000-an dimana dia menerima beribu pucuk surat dan hadiah.
“Zaman dahulu sangat berbeza. Saya pernah dapat beribu pucuk surat, hadiah, teddy bear dan paling teruk sekali saya dapat bra peminat. Saya sangat terkejut bila dapat bra tu,” katanya.
Mengulas mengenai wajahnya dibandingkan dengan Jefri dan ada yang mengatakan dia lebih kacak dari aktor berkenaan, Boy memilih untuk bersikap rendah diri.
“Saya tak rasa saya macam dia. Saya tak nak riak dan takbur. Saya ada baca macam macam komen, orang cakap saya lebih kacak berbanding Jefri.
“Bukan saya nak riak kerana ini semua pinjaman Allah. Cuma saya rasa saya tak sama dengan dia. Bagi saya dia lagi kacak, saya pula ketika di usia muda berbadan kurus, dia pula berbeza,” katanya.
Sumber: Xtra