Pempengaruh media sosial, Ira Kazar berkata dia memilih untuk tidak membuka aib mengenai orang lain meskipun dirinya pernah dianiaya.
Menerusi video dikongsikan semula oleh pengguna Threads, Ira berkata tindakan membuka aib bukan satu penyelesaian sebaliknya hanya memberikan satu penyesalan.
BACA: Kongsi Gambar di IG Story, Jejaka Turkiye Kekasih Baru Ira Kazar?
“Kalau saya cerita, apa saya dapat? Kita kena jaga aib orang. Untuk apa kita nak buka? Untuk bersihkan nama dan nampak diri kita betul?
“Mungkin saya akan rasa puas hati sikitlah tetapi selepas itu mesti saya akan rasa menyesal. Sebab kita buka aib orang,” katanya.
Sementara itu, bekas isteri kepada Syamsul Yusof itu juga berkata tidak perlu membuka aib sesiapa kerana jika kita dianaya kebenaran akan terbongkar kelak.
“Kepuasan hati itu sekejap je, tapi you akan tanggung dosa itu sampai bila-bila.
“Kalau kita dianiaya, biar sajalah satu hari nanti kebenaran itu akan terbongkar dan semoga Allah tunjuk segalanya,” katanya.

Turut menjadi perhatian, hantaran individu tersebut mengatakan supaya tidak melihat kes melibatkan wanita itu sebaliknya melihat apa yang cuba disampaikan Ira.