Netizen Puji Anak A. Aida Cantik, Lembut Bercakap & Berbudi Bahasa

Baru-baru ini anak kepada penyanyi Ameng Spring dan penerbit Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha menjadi perhatian apabila kini serius menceburi bidan seni.

Menerusi temu bual bersama Media Hiburan, gadis berusia 24 tahun itu berkongsikan cerita bapanya datang ke lokasi penggambaran untuk memberikan sokongan kepadanya.

BACA: Anak A. Aida Tak Akan Dapat Satu Sen Kalau Kahwin Senyap-Senyap

@mediahiburanofficial

Cantik dan berbakat! Azeva Natassha yang juga anak kepada penerbit Datuk A Aida berkongsi cerita mengenai kehadiran bapanya, penyanyi Ameng Spring ke lokasi penggambaran telefilem Bos, Nak Cuti, baru-baru ini. Menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai orang tua yang memahami, Azeva juga cenderung meminati dunia nyanyian dan muzik selain lakonan. Telefilem Bos, Nak Cuti terbitan A Aida Production bakal disiarkan menerusi Salam HD saluran 113 Unifi TV, diterajui Azeva dan Aniq Suhair. #MHnews #MediaHiburan #FYP

? Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design

Menurut Azeva dia menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai ibu bapa yang memahami serta memberikan sokongan untuk terlibat dalam dunia seni.

Difahamkan, Azeva membawakan watak utama telefilem Bos, Nak Cuti terbitan A Aida Production bergandingan dengan Aniq Suhair.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Azeva yang kini bekerja sebagai seorang akuantan. Malah, ada yang terpesona dengan  Azeva kerana tutur katanya yang lembut dan berbudi bahasa.

×