Rosyam Nor Dakwa Doktor Cuai, 3 Jari Cucu Melekat

Pelakon Datuk Rosyam Nor mendedahkan disebabkan kecuaian seorang doktor di sebuah pusat perubatan swasta, tiga jari cucunya kini mengalami kecacatan.

Menerusi satu podcast, Rosyam berkata jari cucunya terkena air panas namun apabila di hospital ketiga-tiga jari cucunya dibalut sekali dan akhirnya melekat.

BACA: Rosyam Nor Tak Bagi Isteri, Anak & Cucu Tonton Keluarga Itu

@suhanchannelofficial

“Cucu aku sampai insecure…” SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @Nanahasan_07 @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel

? original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official

“Cucu saya yang kedua tiga jari tangannya terkena air panas kerana air tersebut tumpah. Kemudian dia masuk ke sebuah hospital swasta. 

“Bangangnya doktor ini, dia balut ketiga-tiga jari itu sekali. Tiga kali cucu saya menjalani pembedahan sampai dia berkata, ‘saya tak nak mati.’

“Akhirnya, jari cucu saya melekat (ketiga-tiganya). Yang kau pergi balut tu apa hal? Sekarang cucu aku dah cacat! Sekarang bila dia bercakap dengan orang, dia akan sorokkan tangannya,” katanya.

Dalam podcast berkenaan, Rosyam bertanyakan kepada panel jemputan merupakan perunding kesihatan, Dr. Muhammad Azrai adakah dia boleh mengambil tindakan saman.

“Walaupun perkara itu sudah lama berlaku, bolehkah saya nak saman dia?” soal Rosyam

“Terpulang pada awak, kalau rasa tak puas hati teruskan buat aduan dan kemudian mereka akan membawa isu ini ke saluran yang seterusnya,” jawab Dr Azrai. 

Diruangan komen, rata-rata netizen menggesa Rosyam agar mengambil tindakan terhadap doktor berkenaan serta mempersoalkan tindakan individu berkenaan.

×