Pelakon Muaz Zabir menafikan dakwaan bahawa ibunya tidak merestui hubungannya dengan aktres Bella Astillah kerana status wanita berkenaan sebagai ibu tunggal.
Memetik Oh Bulan, Muaz meminta orang ramai tidak membuat tuduhan kerana apa yang berlaku sebelum ini antara dirinya dan Bella tidak membabikan keluarga.
BACA: “Ada Yang Samakan Wajah Saya Seperti Nelayan, Muka Jual Burger” – Muaz Zabir
“Apa-apa pun kesalahan dalam dunia ni, yang saya buat tolonglah jangan babitkan keluarga saya termasuk mak dan kawan-kawan saya. Apa pun yang terjadi antara saya dan Bella sebelum ini, tak ada kena mengena dengan isu keluarga,” katanya.
Sementara itu, Muaz berkata hubungan keluarganya dan Bella baik-baik sahaja dan meminta orang luar membuat tuduhan ibunya tidak menyukai Bella kerana statusnya sebagai ibu tunggal.
“Sepertimana yang semua orang tengok, hubungan saya dengan keluarga Bella dan hubungan Bella dengan keluarga saya, okay sahaja.
“Jadi, berhentilah melemparkan tuduhan yang mengatakan mak saya ni tak suka ibu tunggal, Bella dan sebagainya.
“Sebenarnya tidak pun, mak adalah orang yang paling senang nak bincang. Tak ada pun mak saya halau Bella atau timbul pergaduhan. Bella dan mak saya okay sahaja, mereka pun pernah berjumpa dan makan sekali. Tak ada masalah pun, tak ada istilah tak suka,” katanya.
Dalam pada itu, Muaz berkata dia dan Bella masih berkawan baik meskipun hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu. Malah, dia ada ke rumah Bella pada hari raya serta bertemu keluarga aktres itu.
SUMBER: Oh Bulan