Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Ameera Khan membuat kejutan apabila muncul bersama kekasihnya aktor Indonesia, Jefri Nichol di sebuah acara di Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram majalah fesyen, Ameera dilihat tersenyum bahagia sambil berpegangan tangan dengan Jefri.
BACA: “Good Looking, Kalau Jefri Ada Segalanya Tapi Bukan Playboy, Itu Saya Risau”
Pada video itu, Ameera dilihat mengenakan gaun berwarna merah, manakala Jefri segak memakai sut kelabu.
Seperti sudah disangka, ruangan komen perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang melihat aksi mesra pasangan itu.
Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa hairan kerana tindakan pasangan itu seperti sudah bernikah serta menegur tindakan mereka kerana berpelukan.
Dalam pada itu, ada yang mencadangkan agar pasangan itu untuk segera melangsungkan pernikahan serta dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga.