Impian pelakon dan usahawan Hanis Zalikha untuk membawa pekerjanya untuk melancong ke luar negara akhirnya tercapai apabila mereka terbang ke Jepun.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hanis berkata ketika di awal perniagaan dia dan suami berhasrat untuk membawa semua kakitangan ke negara empat musim.
BACA: Hanis Zalikha Hamil Anak Ketiga?
View this post on Instagram
“Apabila kami mula-mula memulakan syarikat bersama-sama pada usia 20-an, salah satu impian utama kami adalah membawa seluruh staf ke negara empat musim.
“Kami selalu bercakap tentang perkara ini kepada tim, nak sangat rasa bercuti ke tempat sejuk dengan baju bulu-bulu,” katanya.
Sementara itu, Hanis meluahkan rasa syukur selepas 10 tahun menjalankan perniagaan akhirnya mereka berjaya menunaikan impian tersebut.
Menerusi hantaran itu, Hanis turut berkongsikan video memaparkan bersama pekerjanya berada di lapangan terbang untuk ke Jepun dan dapat dilihat semuanya teruja.
Bukan itu saja, Hanis memberitah dia turut melakukan pelbagai persiapan termasuk menempah jaket istimewa untuk dipakai oleh semua kakitangan.