Aweera Harap Kematian Sepupu Allahyarham Elly Terbela

Penyanyi Aweera berharap kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix, Allahyarham Elly Idzlianizar Elias disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam mendapat pembelaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aweera berharap ada keadilan untuk sepupunya itu serta individu yang bertanggungjawab mendapat hukuman setimpal.

BACA: Netizen Tak Puas Hati, Tok Ram Dedah Punca Aweera Dapat Tempat Keenam

“Hangpa tetak darah daging aku weii! Semoga ada keadilan untuk abang Ijar@elly. Semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal,” tulisnya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Aweera turut meminta orang ramai  mendoakan serta menyedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham abang sepupunya itu.

“Abang Ijar (Elly). ‘Allahuakbar’, Ya Allah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah untuk abang sepupu saya,” tulisnya.

Terdahulu, polis mengesahkan kematian Allahyarham Elly disebabkan kecederaan parah akibat ditetak selepas terbabit dengan pergaduhan di Kangar. Kejadian dipercayai berlaku antara jam 9 hingga 10 malam kelmarin.

 

×