Suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu ahli perniagaan Tiko Aryawardhana didakwa menggelapkan wang bernilai RM1.7 juta milik syarikatnya PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS).
Memetik Kompas, difahamkan syarikat perusahaan makanan dan minuman itu ditubuhkan bersama bekas isterinya Arina Winarto dan perbuatan itu didakwa dilakukan antara 2015 hingga 2021.
BACA: BCL Dah Lama Mahu Padam Nama Sinclair
Peguam Arina, Leo Siregar dalam satu kenyataan media berkata,Tiko bertindak sebagai pengarah urusan, manakala Arina yang mengeluarkan modal merupajan pengarah dan juga pemegang saham majoriti syarikat tersebut.
Leo mendedahkan Arina mula curiga dengan Tiko apabila menemukan dokumen yang mencurigakan serta mendapati dana sebanyak RM1.7 juta telah digunakan.
“Tiko mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan kegiatan syarikat, termasuk kewangan, dan Arina lebih pasif dan hanya mahu melihat urusan syarikat berjalan lancar. Bagaimanapun pada 2019, Tiko telah menyatakan hasrat untuk menutup syarikat, atas alasan tidak mampu membayar sewa.
“Memandangkan dokumen keuntungan dan kerugian yang mencurigakan, Arina mula menyiasat dan membuat laporan bahawa dokumen itu telah dimanipulasi. Arina kemudian melakukan siasatan dan audit, sebelum mendapati dana sebanyak RM1.7 juta telah digunakan,” kata peguam.
Difahamkan, Arina telah membuat laporan polis pada 2022 selepas Tiko gagal menjelaskan mengenai audit syarikat.
Untuk rekod, Tiko dan Arina bernikah pada Jun 2014 namun berpisah pada Oktober 2021. Pasangan itu dikurniakan sepasang kembar.
SUMBER: Astro Awani