Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata Aliff Aziz selalu tidak pulang ke rumah dan dia perlu berhadapan dengan perkara tersebut sendirian termasuk kes khalwat suaminya dengan Ruhainies.
Memetik BH Online, Bella berkata dia turut mengadu dengan ibu mentuanya apabila suaminya menukar kata laluan telefon bimbitnya namun diminta untuk bersangka baik.
BACA: Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang Dengan Adiknya Sendiri
Kata Bella lagi, ibu mentuanya turut menasihati dirinya supaya berhenti fokus kepada manusia dan fokus pada diri sendiri serta mendekatkan diri kepada Allah.
“Saya ada mengadu pada ibu mentua, dia minta saya kena husnuzon (bersangka baik). Dia juga katakan saya perlu fokus kepada diri sendiri dan dekatkan diri dengan Allah. Itulah yang saya buat.
“Ustaz yang mengajar saya mengaji dari 2018 mula ajar saya mengaji balik sebab saya tak boleh fokus. Hari-hari nak cari Aliff di mana.
“Saya mengaji sampailah ustaz bersuara supaya saya buat solat istikharah. Pada bulan yang mulia ini saya buat solat istikharah.
“Dia ada kata nak ceraikan saya pada 31 Mac lalu selepas habis shooting dan selepas saya solat istikharah, Allah tunjukkan kes khalwat dan sebab itu, saya fail cerai,” katanya.
SUMBER: BH Online