Susulan kes tangkap khalwat adiknya aktres, Ruhainies dengan aktor Aliff Aziz, pelakon Risteena meminta netizen tidak melakukan serangan di media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Risteena berkata dia juga ada perasaan dan rasa marah apabila netizen bertindak menyerangnya.
BACA: “Saya Bukan Kena Tangkap Basah”
Pada perkongsian itu, Risteena turut memuat naik laporan berita bertajuk ‘Netizen serang Instagram Risteena’.
Pagi Sabtu lalu, Ruhainies dan Aliff Aziz ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam serbuan dilakukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Kemudian pada malam tersebut, Ruhainies dilihat ada memuat naik kenyataan mengatakan ada beberapa kenyataan yang kurang tepat tersebar di media sosial mengenai kes membabitkan dirinya dan Aliff serta memohon maaf diatas apa yang terjadi.