fbpx

“Saya Bukan Kena Tangkap Basah”

Pelakon Ruhainies menjelaskan dia bukan ditangkap basah bersama aktor Aliff Aziz seperti yang didakwa sesetengah pihak di luar sana.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ruhainies turut meminta dengan penulisan diluar agar berhati-hati agar tidak menimbulkan spekulasi lebih buruk serta mengeruhkan keadaan.

BACA: Tahu Cerita Dari Awal Sampai Akhir, Puteri Sarah Minta Doakan Bella Astillah

“Ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam konten supaya tidak menimbulkan spekulasi yang lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan. Ianya sama sekali ‘bukan tangkap basah’.

Sementara itu, Ruhainies berkata sehingga kini dia memilih untuk tidak memberi apa-apa kenyataan serta meminta pihak media tidak menulis yang boleh mengundang fitnah terhadap dirinya.

“Sehingga kini saya masih belum berikan apa-apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah statement dari saya dan ianya tidak tepat. Saya mhon supaya media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi dari saya sendiri.

“Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati-hati dan lebih bertanggungjawab,” tulisnya.

Sabtu lalu, Ruhainies dan Aliff ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam serbuan dilakukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.