Adira Nampak Penceraian Jalan Selesai Masalah Rumah Tangga

Lapan tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi nekad untuk meneruskan penceraian dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu.

Menerusi temu bual Melodi, Adira yang memfailkan cerai pada 25 Oktober lalu berkata perpisahan merupakan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

BACA: Tiada Persefahaman Punca Adira Fail Cerai, Dato Red Nak Selamatkan Rumah Tangga

“Apa yang saya boleh cakap adalah semua ditentukan Allah. Tetapi apa yang saya nampak (ketika ini), itu (penceraian) sahaja jalan.

“Saya perlukan doa yang baik-baik. Setakat ini itu sahaja jalan yang saya nampak. Kehadapannya saya tidak tahu,” katanya.

Sementara itu, Adira enggan memberi respon apabila ditanya masih tinggal serumah dengan suaminya, namun tidak menghalang Datuk Red bertemu dengan anak-anak.

“Saya tak halang suami jumpa anak-anak sebab dia masih berstatus suami saya. Kami baik sahaja. Tak halang (Adnan) bertemu anak-anak. Dia selalu juga datang rumah,” katanya.

Terdahulu, peguam yang mewakili Adnan, Muhammad Akmal Amzan berkata anak guamnya itu tidak setuju dengan permohonan Adira dan mahu menyelamatkan rumah tangga.

×