Lama tak dengar cerita tentang Fatiya Latiff, baru-baru ini pelakon itu memberitahu dia bakal terbang ke Gaza pada tahun hadapan.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, dia turut mendoakan agar dirinya ‘syahid’ ketika berada di sana serta memuat naik foto wanita memakai purdah serba hitam
BACA: Bertugas Sebagai Kerani Bukan Peguam, Fatiya Latiff Mohon Maaf Atas Kekeliruan
View this post on Instagram
“Terbang ke GAZA pada tahun hadapan. Doakan saya syahid. Amin,” tulisnya.
Perkongsian Fatiya itu mendapat pelbagai reasi daripada netizen dimana ada yang mempersoalkan keputusannya itu serta mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
Bagaimanapun tiada penjelasan lanjut daripada Fatiya dan hanya membalas ‘Insya-Allah’ pada hantaran lain mengenai perkongsiannya itu.