Umum mengetahui baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah berkongsikan telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah memaklumkan kali ini dia mengerjakan ibadah umrah seorang diri buat pertama kali.
BACA: Mastura DM Andi Arysil, Buruk-Burukkan Puteri Sarah
Sementara itu, turut menjadi perhatian perkongsian ibu mentuanya, Datin Patimah yang memuat naik semula gambar Puteri Sarah serta pesanan ringkas.
Ibu kepada Syamsul itu berpesan kepada menantunya itu untuk berdoa dikurniakan jodoh yang terbaik buat dirinya.
Untuk rekod, Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 namun sah bercerai pada 14 Jun lalu. Pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.