Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan tragedi menyayat hati dilalui remaja Abdur Rahman yang kehilangan 6 keluarga serentak selepas terlibat dalam kemalangan pada Sabtu lalu.
Berita duka itu bukan saja mendapat perhatian ramai malah golongan selebriti yang turut berduka dengan ujian menimpa remaja berusia 19 tahun itu.
BACA: “Sampai Hari Ini Saya Tak Makan Pisang…” – Tiz Zaqyah
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon Tiz Zaqyah turut berkesempatan menziarah remaja itu di Muar pada Isnin lalu dan berkongsikan perkara itu di Instagram.
Menerusi perkongsian di platform tersebut, Tiz meluahkan rasa syukur diatas rezeki dapat melawat adik Rahman serta mendoakan segalanya dipermudahkan buat remaja itu.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Tiz di atas sikap prihatinnya kerana melawat remaja tersebut.