Netizen Puji Wajah Suami Intan Najuwa Nampak Baby Face

Genap seminggu mendirikan rumah tangga, pelakon Datin Intan Najuwa dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf muncul buat pertama kalinya dalam sebuah acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) baru-baru ini.

Menerusi video dikongsikan Instagram Eh Malaysia, pasangan pengantin baru itu dilihat sangat romantis sambil berpegangan tangan.

BACA: Intan Najuwa Sah Bergelar Isteri Dato’ Ahmad Azraf, Hantaran RM222,000

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EH! (@ehmalaysia)

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji suami Intan yang dilihat muda dan memiliki wajah baby face. Malah, ada yang mengatakan Intan dan suaminya dilihat sebaya.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar rumah tangga pasangan itu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Pada 18 Ogos lalu, Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu dengan sekali lafaz serta menerima hantaran sebanyak RM222,000 dan mas kahwin bernilai RM20,000.

×