DidIe Alias Sedih Rakan Pelawak ‘Kahwin’ Dengan Pengkid

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai dakwaan seorang pelawak wanita berstatus ibu tunggal ‘bersuamikan’ seorang pengkid.

Malah, pelawak itu juga kini lebih memilih untuk berjauhan serta melarikan diri daripada rakan-rakan selebriti kerana mahu mengikuti ‘suaminya’ itu.

Terbaru, pihak Melodi menemubual pelakon Didie Alias untuk bertanyakan perasaannya melihat rakannya yang dahulu rapat namun memilih jalan tersebut.

BACA: Pelawak Berstatus Janda Bersuamikan Pengkid?

Menurut Didie, pelawak tersebut sudah banyak kali membuat perkara sedemikian dan meskipun dia sudah memberi nasihat namun tidak mahu didengar oleh pelawak berkenaan.

@melodiberapi

tak pernah tengok pelakon Didie Alias menangis sampai macam ini!!! #meloditv3 #fyp? #didiealis #fyp??viral

? original sound – Melodi – Melodi tv3

“Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan tu salah,” katanya.

Dilihat mengalirkan air mata, Didie mendoakan agar rakannya itu kembali ke jalan yang benar.

Menurut Didie lagi, dia tidak akan mencari pelawaj berkenaan serta sama sekali tidak mahu mengaibkannya dengan mengungkit hal-hal yang berlaku sebelum ini.

×